The President's Message
    Dari Meja Presiden MSDeaf

    Ong Shin Ruenn
      Warm Greetings! It is an honour to represent and introduce the Malaysian Deaf Sports Association, an association that caters to the needs of deaf athletes. Therefore, Malaysian Sports of the Deaf (MSDeaf) is solely responsible for managing and implementing sports programs and activities for our deaf athletes nationwide.

    Being a highly established Non-Governmental Organization (NGO), MSDeaf is aware of its major role play in implementing sports programs and activities for deaf athletes on both national and international levels such as Asean Deaf Games, Asia Pacific Deaf Sports, and Deaflympics. Therefore, MSDeaf is in need of funding with full support from all parties concern to help us reach our goals.

    With the continuance support given by the Ministry of Youth and Sports (Malaysia), MSDeaf has been recorded in the Sports Development (Amendment) Act 2018 (Act 576) stating that Deaf Malaysian Governing Body of Sport has been recognized as a Deaf Community Sports Body given the mandate and belief as sports entity body responsible for a variety of sports, activities, and programs for deaf youths from the national level and international level.

    Other government agencies such as the National Department of Youth and Sports (JBSN), National Sports Institute (ISN), and National Sports Council of Malaysia (MSNM) have been supportive throughout. In addition to these, MSDeaf has been assisted with technical support provided by expertise from other Sports governing bodies in Malaysia such as Football Association of Malaysia (FAM), Badminton Association of Malaysia (BAM), Malaysian Amateur Athletics Union (MAAU), Malaysian Tenpin Bowling Congress (MTBC) and other national sports governing bodies.
     
    MSDeaf's dream and vision are to empower the so-called marginalized Deaf Community in Malaysia through a variety of sports programs and activities which need our ultimate attention and support. Yet, MSDeaf being an NGO relies heavily on the funding and assistance of all parties concern to ensure the development of deaf sports in Malaysia, both national and international level.
     
    Salam Hormat Semua, Saya mewakili Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia Atau MSDeaf (Malaysia Deaf Sports Association) amat berbesar hati dapat memperkenalkan MSDeaf sebagai sebuah Persatuan Sukan Warga Pekak yang berperanan mengurus dan melaksanakan semua program dan aktiviti kesukanan untuk warga Pekak negara.

    Sebagai Sebuah Badan NGO Sukan Berprestasi Tinggi, MSDeaf sentiasa peka dan memainkan peranan utama melaksana berbagai program dan aktiviti kesukanan untuk warga Pekak bnegara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Sukan Orang Pekak Asean, Sukan Orang Pekak Asia-Pasifik Dan Sukan Deaflympics. Oleh kerana itu MSDeaf amat memerlukan sokongan dari semua pihak.

    Usaha MSDeaf ini turut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang telah mengiktirafkan sukan warga Pekak dengan memasukkan agenda sukan warga Pekak dalam Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2018 ( Akta 576) yang menyatakan bahawa badan sukan warga Pekak Malaysia diiktirafkan sebagai badan sukan warga Pekak yang diberi mandat dan kepercayaan melaksanakan program kesukanan warga Pekak peringkat kebangsaan dan penyertaan warga Pekak Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa.

    Usaha-usaha bagi memartabatkan sukan warga Pekak negara ini juga turut di bantu oleh lain-lain agensi kerajaan seperti Jabatan Belia Dan Sukan Negara (JBSN), Institiut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) . Selain dari bantuan teknikal dan kepakaran dari badan jenis sukan kebangsaan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) dan lain-lain lagi badan sukan kebangsaan.
      Ong Shin Ruenn
     
    Hasrat dan impian MSDeaf, masyarakat marhaen dapat memberi sokongan dalam usaha memperkasakan sukan warga Pekak di Malaysia kerana kami adalah sebuah NGO sukan yang bergantung sepenuhnya dari sokongan dan bantuan semua pihak bagi melaksanakan semua aktiviti kesukanan membabitkan sukan warga Pekak kebangsaan dan antarabangsa.
     
    In appreciation, thank you.
    Sekian. Terima Kasih.

    Ong Shin Ruenn,
    President/ Presiden