PENGENALAN MSDeaf

PERSATUAN SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA atau MALAYSIAN DEAF SPORTS ASSOCIATION (MSDeaf) dalam bahasa Inggeris, iaitu badan sukan warga Pekak peringkat kebangsaan tunggal di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1997 yang baru bernaung secara sah di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 23 Julai 2010.

SIMBOL

Sepasang tangan yang bermaksud "sukan" dalam Bahasa Isyarat Malaysia dan disaluti Jalur Gemilang. Isyarat tangan ini dijadikan simbol kepada MSDeaf sebagai peneraju tunggal pembangunan sukan pekak.

OBJEKTIF

  • Bertindak sebagai badan induk yang merancang, mengendalikan, mempromosi dan mengawal selia pembangunan sukan orang Pekak di Malaysia
  • Membantu pembudayaan sukan sebagai cara hidup yang sihat tanpa diskriminasi dari segi jantina, bangsa, agama, bahasa dan kecenderungan politik
  • Merancang dan membangunkan atlet, pegawai, jurulatih dan mencungkil bakat-bakat baru dari akar umbi ke peringkat elit
  • Untuk menyokong dan menggalakkan pendidikan, penyelidikan dan kegiatan ilmiah yang menyumbang kepada pembangunan sukan.