UCAPAN PRESIDEN MSDeaf

Salam hormat 1Malaysia,

PERJUANGAN Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia atau Malaysian Sports Association of the Deaf (MSDeaf) untuk sukan warga Pekak di negara ini dengan lebih tersusun dan terancang masih lagi jauh daripada jangkauan.

Oleh kerana itu MSDeaf mewujubkan Pelan Strategik MSDeaf Lima Tahun (2009-2013) atau NA2SH sebagai halatuju dan matlamat yang perlu dicapai oleh persatuan. Pelan ini mengariskan 5 strategi utama iaitu mewujudkan persatuan sukan orang Pekak negeri dan persatuan jenis sukan orang Pekak, menjaga kebajikan serta melahirkan atlet Pekak bertaraf dunia, penumpuan kepada Sukan Massa (perpaduan) dan mengeratkan hubungan dengan kerajaan dan badan sukan lain.

MSDeaf menyokong dasar kerajaan bagi menjayakan "Dasar 1Murid, 1Sukan Pendidikan Khas" oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan atlet pekak berkualiti kerana ianya selari dengan Motto yang diperjuangkan oleh MSDeaf iaitu "Menjana Kecemerlangan Atlet Pekak Bertaraf Dunia".

Harapan MSDeaf agar semua pihak dapat menyokong segala usaha-usaha kami bagi mencapai hasrat dan harapan kerajaan melahirkan atlet Malaysia yang berdaya saing, berdisiplin dan bertaraf dunia.

Sekian Terima Kasih

KAMARZAMAN BIN HAJI HARUN
Presiden
Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia