UNGKAPAN PRESIDENT MSDeaf : PELAN STRATEGIK NA2SH

PELAN STRATEGIK MSDEAF

MSDeaf merangka berbagai program dan aktiviti sukan bagi faedah semua warga pekak di Malaysia berpandukan kepada Pelan Strategik MSDeaf yang diberi nama NA2SH seperti berikut di bawah:

Bersandarkan formula NA2SH yang dijana, pihak MSDeaf mewujudkan perancangan baru yang disebut sebagai Pelan Strategik MSDeaf Lima Tahun (2009-2013).

Pelan strategik ini mengandungi kelima-lima strategi utama yang menggambarkan penekanan terhadap LIMA (5) perkara yang tersebut:

  • Penubuhan dan pemantapan kepimpinan persatuan sukan Pekak di peringkat negeri dan kebangsaan
  • Pembangunan atlet Pekak
  • Penyusunan semula sukan prestasi tinggi
  • Penggalakan sukan massa
  • Peningkatan hubungan dua hala antara pihak-pihak berwajib.