Berita

MESYUARAT BERSAMA DR. WAITCHALLA, KETUA SETIAUSAHA KBS BERI HASIL POSITIF.
Hari Jumaat, 17 Mei 2019 / 12 Ramadhan 1440H.

Perjumpaan MSDeaf dengan Ketua Setiausaha baru KBS, Dr Waitchalla R.R.V Suppiah yang dihadiri oleh Ong Shin Ruenn (Presiden) Kamarzaman (SUA) dan Chan KS (Bendahari) serta Nazrul Azwa (Jurubahasa) dilihat memberi harapan baru dalam sukan warga Pekak masa depan. Dr. Waitchalla sebelum beliau bertukar ke KBS beliau adalah bekas Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (KPWKMM) sudah mengetahui tentang masalah yang diutarakan oleh MSDeaf untuk mendapat hak kesamarataan peluang bersukan dengan atlet biasa dan atlet Paralimpik kerana pengalaman mematangkan beliau bersama KPWKMM iaitu kementerian yang turut mengawal selia hal ehwal OKU.Read More [+]

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGUMPUL DANA UNTUK PEMBANGUNAN SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA
Rabu, 1 May, 2019

Tahun 2019 sememangnya sedikit membebankan kerana banyak program dan penganjuran sukan Peringkat Antarabangsa yang ingin disertai atlit Pekak terpaksa dilepaskan. Impian hanya sekadar angan-angan. Namun, sedikit sumbangan anda amat bermakna bagi memastikan impian warga Pekak gah di persada antarabangsa tercapai. Sedikit sumbangan anda sangat bermakna demi pembangunan sukan orang Pekak di Malaysia. Kami yakin, kuasa viral rakyat Malaysia yang prihatin mampu meringankan beban kami. Jom sampaikan hasrat kami. #share #share #share #shareRead More [+]

PRESIDEN BERI SOKONGAN SYAHMI AZAD.
Selasa, 30 April 2019/24 Syaaban 1440H.

Presiden MSDeaf, Ong Shin Ruenn telah meluangkan masa beliau pada sebelah petang menziarahi Muhammad Syahmi Azad yang telah dimasukkan ke Hospital PPUM Petaling Jaya sebaik beliau tiba dari Manila di KLIA2. Syahmi yang ditemani oleh kedua-dua ibubapa beliau segera dimasukkan ke hospital kerana memgalami kekurangan insulin menyebabkan beliau lesu dan tak bermaya. Ketika ini kesihatan Syahmi Azad kembali stabil dan beliau kelihatan ceria dikunjungi oleh Presiden MSDeaf. Baru-baru ini Muhammad Syahmi Asad telah menunjukkan permainan yang konsisten dan cemerlang di Manila dalam kejohanan Boling Orang Pekak Asean ke 1 dengan membantu negara menyumbangkan 2 dari 3 pingat emas yang telah dimenangi oleh Malaysia.Read More [+]

ATLET LELAKI BOLING PEKAK NEGARA CEMERLANG. MANILA, FILIPINA
Ahad, 28 April 2019/ 23 Syaaban 1440H.

Malaysia berjaya mengumpul 3 Emas, 5 Perak dan 2 Gangsa keseluruhan 10 pingat pada Kejohanan Boling Tenpin Pekak ASEAN yang pertama kali dipertandingkan untuk warga Pekak di rantau ASEAN. Atlet Boling Pekak negara, Ho Choon Seong paling menyerlah kali ini dengan memenangi 3 emas dan 1 Perak melalui acara Bergu Lelaki, Trio Lelaki dan Master Lelaki manakala Perak melalui All Event. Manakala Mohd Syahmi Azad Hamid, atlet remaja lelaki Pekak negara paling cemerlang dengan memperolehi 2 Emas melalui acara Bergu Lelaki dan Trio Lelaki. Mohd Firdaus memperolehi 3 Perak dan 1 gangsa diikuti oleh Mohd Zaidi Awang memperolehi 2 Perak,1 Gangsa. Wong Chew Hoong Emas Trio Lelaki dan Soo Kok Heng Perak Trio Lelaki.Tahniah!!Read More [+]

MALAYSIA TANGGA KE 2. MANILA, FILIPINA
Ahad, 28 April 2019/22 Syaaban 1440H.

Walaupun ada pihak yang memperlekehkan kemampuan atlat-atlet Pekak negara yang menyertai Kejohanan Boling Tenpin Pekak Asean yang pertama kali diadakan di peringkat ASEAN, kejohanan ini telah dapat mengenal pasti tahap pencapaian atlet-atlet Pekak negara terutamanya pencapaian cukup membanggakan melalui kualiti persembahan yang setanding pencapaian atlet-atlet biasa negara. Persembahan atlet senior negara Ho Choon Seong, Mohd Firdaus Mohamad, Mohd Zaidi Awang dan muka baru atlet remaja negara, Mohd Syahmi Azad Hamid memang boleh dibanggakan melalui persembahan konsisten mereka. Maka mereka layak diberi perhatian yang lebih terutamanya menjelang Kejohanan Boling Orang Pekak Dunia yang akan diadakan di Taoyuan, Taiwan 1-12 Ogos depan.Tahniah!!Read More [+]

Masukkan e-mel anda dan melanggan surat berita kami.

FOLLOW @MSDeaf