Profil MSDeaf

Pengenalan MSDeaf

Pengenalan MSDeaf

Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Deaf Sports Association) atau ringkasnya MSDeaf adalah badan sukan warga Pekak peringkat kebangsaan yang tunggal di Malaysia. Catatan Sejarah: 5 Jun 1993 tarikh penubuhan Penaja MDSA melalui SHIMA diiktiraf sebagai Ahli Gabungan oleh Kongres Jawatankuasa Sukan Orang Pekak Antarabangsa (ICSD) sempena Sukan Orang Pekak Dunia Sofia 1993 sehingga Persekutuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSFD) didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 26 September 1997 yang kemudian bertukar pendaftaran dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) pada 23 Julai 2010.


Objektif

Merancang Dan Memperkasakan Sukan Orang Pekak Untuk Negara


Moto

Sebagai Badan Sukan Warga Pekak Yang Menyokong Dasar Kerajaan Bagi Membangunkan Sukan Untuk Negara.


Misi

Mengeratkan Hubungan Dengan Kerajaan, Melahirkan Modal Insan Di Kalangan Warga Pekak, Fokus Kepada Sukan Berprestasi Tinggi Dan Menjalinkan Kerjasama Dengan Persatuan Sukan Lain Di Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa.

Rakan Kongsi

Masukkan e-mel anda dan melanggan surat berita kami.

FOLLOW @MSDeaf