Profil MSDeaf

Pengenalan SOPMA

Pengenalan SOPMA

Sukan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Deaf Games) atau ringkasnya SOPMA merupakan satu acara sukan yang dikhususkan bagi warga pekak peringkat kebangsaan. SOPMA adalah merupakan kejohanan ‘beraneka sukan’ (mulit-sports competition). SOPMA dimulakan sejak tahun 1985 dengan nama Kejohanan Sukan Antara Kelab Pekak (KSAKP) adalah sukan yang paling penting dan popular bagi warga pekak Malaysia.

SOPMA diadakan DUA (2) tahun sekali dan ianya merupakan sukan orang pekak yang paling penting dan popular kerana melalui SOPMA atlet-atlet pekak yang berbakat akan dipilih untuk mewakili negara ke sukan orang pekak peringkat antarabangsa seperti Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (Asia Pacific Deaf Games) dan Sukan Deaflympic (Deaflympics Games).


Objektif

  • Satu Medan Untuk Atlet-atlet Pekak Mempamerkan Bakat Sukan Mereka;
  • Sebagai Landasan Kepada Atlet-atlet Pekak Berbakat Untuk Mewakili Negara Ke Sukan Orang Pekak Peringkat Antarabangsa;
  • Mengeratkan Hubungan Persahabatan Dan Persaudaraan Antara Warga Pekak Berbilang Kaum, Etnik Dan Agama Dalam Negara;
  • Menyahut Seruan Kerajaan Sukan 1 Malaysia Melalui Penganjuran Sukan Tersebut.

Moto

“KE ARAH MELAHIRKAN ATLET PEKAK YANG BERDISPLIN, BERDAYA SAING DAN BERTARAF DUNIA”

Rakan Kongsi

Masukkan e-mel anda dan melanggan surat berita kami.

FOLLOW @MSDeaf